Izinkan Ku Mencintaimu....
Cinta merupakan isu yang akan sentiasa segar sepanjang zaman.Kerana cintalah penggerak atau penerus kehidupan di dunia ini. Namun, di dalam komuniti hari ini, cinta seakan dipalit dengan satu penjenamaan yang buruk. Cinta dilihat merosakkan , melalaikan , mendorong ke arah pembaziran, malah akan menghumban kita ke lembah kemaksiatan.
'Tempurung' Yang Melengkap Masyarakat
Begitulah 'tempurung yang telah ditelangkupkan ke atas masyarakat kita berkenaan cinta.
Cinta adalah fitrah, yang memang tidak dapat tidak, pasti menyentuh kehidupan daripada kita. Maka , ada pihak yang berusaha untuk mengubah maksud cinta agar saat kali pertama manusia merasai cinta , manusia akan bergerak mengikut acuan yang mereka inginkan.Oleh sebab itu , versi cinta mereka dipublisitikan secara meluas melalui media , filem,iklan, novel, majalah, selebriti, aris dan sebagainya. Cinta yang dipromosikan inin jelas melanggar batasanNamun itulah konsep yang difahami masyarakat kita pada hari ini. Cinta mesti dating , sentuh-menyentuh,hubungan antara lelaki dan perempuan sahaja, sanggup membazirkan duit, hinggalah sampai satu tahap; cinta itu mestilah menggadaikan maruah. Demikianlah hebatnya persepsi cinta yang dibentuk oleh media, malah di serata dunia. Lihatlah dari barat hingga ke timur , bagaimana cinta diwajahkan. Akhirnya, manusia yangs ejak kecil membesar dengan simbahan maklumat daripada media seperti ini, apakah akan terderik untuk dirinya bercinta dengan cinta yangs sebenar?
Itulah yang berlaku sekarang. Cinta dipandang begitu buruk oleh masyarakat. Ia menjadi taboo,malah apabila disebut tentang cinta,orang yang menyebutnya kelihatan rosak, tidak fokus, dilabel 'gatal' dan sebagainya . Hinggalah ke satu tahap ada yang menyimpulkan bahawa cinta itu adalah haram. Lebih-lebih lagi cinta itu dikaitkan cinta sebelum'nikah'. Sebabnya ?? mereka mendenfinisikan mengikut arus dan media masa kini, atau lebih kepada cinta moden yang semakin membiak dikalangan anak remaja kini.
Cinta Yang Sempurna
Saya percaya bahawa cinta adalah suci, bersih, meniupkan semangat positif,memberikan kebahagian, malah membuatkan seseorang menjadi kuat. Cinta adalah ejen kepada kebaikan, dan cinta hakikatnya perlu dimanifestasikan ke dalam segeap kehidupan. Allah SWT berfirman(maksudnya) " Wahai orang-orang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka..." (Tahrim:6)
Itulah takrifan sebanr cinta iaitu hendak menyelamatkan orang yang kita sayangi daripada api neraka , dan jelasnya, membawa mereka ke syurga-Nya. Sebab itulah didalam buku ' sebelum aku bernikah" ada menyatakan bahawa cinta itu sebenarnya ialah:" Hendaklah bersama ke syurga , dan apa yang membawa ke neraka itu tidak akan sesekali namanya cinta". Cinta yang sebenarnya ini, sifatnya universal bukan terbatas antara lelaki dan perempuan , atau dalam ruang lingkup perkahwinan semata-mata. Tetapi juga melibatkan cinta ayah dan ibu kepada anak, anak kepada ibu bapanya , individu kepada komunitinya , kita kepada Islam, dan semestinya cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Konsep yang kita lihat pada masa kini adalah cinta nafsu yang semata-mata datangnya dari mata turunkan ke hati, bila tiada bimbingan agama maka, jadilah cinta maksiat dengan melakukan hubungan terlarang hasilnya membuahkan hasil iaitu anak luar nikah akibat cinta yang tidak berlandaskan agama , ini yang harus kita tangani kerana Allah berfirman:Dan Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu njalan yang jahat(Isra:32). Jelas menujukan bahawa dalil ini melarang kita menghampiri zina dengan bercouple walau kadang-kadang hati membuak-buak untuk keluar bersama, berpegang tangan , percayalah ianya tidak akan mejamin seseorang itum mendapat redha Allah seterunya lebih cenderung membawa kepada maksiat.Nauzubillah
Apabila konsep cinta yang difahami, maka menyatakan, "Ana cintakan enta kerana Allah" keapada sahabat sejenis kita , tidaklah dilihat sebagai gay atau lesbian . Sebab cinta bukan bermaksud seks,couple, dan sebagainya . Cinta bermaksud hendak bersama ke syurga-Nya .Itulah cinta yang sebenarnya.
Jika Cinta Yang Sebenarnya Difahami
Jika cinta yang sebenar ini difahami , maka akan kuatlah kita memperkasakan diri dengan amal soleh dan ilmu yang bermanfaat . Kerana jelas bahawa cita-cita kita tinggi iaitu hendak mencapai syurga Allah SWT. Saya yakin anda sedia maklum bahawa hendak menggapai syurag Allah pastinya bukan denga omongan atau kata-kata sahaja.Hendaklah disertai dengan amal dan perbuatan. Kerana itu rang yang bercinta dengan cinta yang sebenarnya akan menjauhkan diri daripada pembaziran, kelalaian , dan perbuatan maksiat. Dia kan berusaha mendisiplinkan diri, dan menjaga batas-batas yang ada, seterusnya lebih menyibukkan denga perkara yang menyibukkan diri dengan perkara yang dapat memperkasakan peribadi dan memberim manfaat buat dia dan orang yang dicintainya. Sebab apa yang hendak digapainya ialah redha dan rahmat Allah SWT.Penutup: Menentang Cinta Yang Dirosakkan
Maka sepatutnya manusia yang memahami makna cinta sebenarnya akan berusaha bersungguh-sungguh untukm menyebar luaskan konsep cinta yang sebenarnya. Cinta yang bersifat menyayangi dan mengasihi, pasti tidak akan sesekali bersetuju dengan tindakan kita melemparkan diri kita dan orang yang kita cinta ke neraka Allah SWT . Maka bagaimana pula kita bercinta , namun pada masa yang sama , kita melannggar batasan Allah SWT , yang mana kita tahu tindakan itu akan mengundang kemurkaan-Nya, seterusnya mendekatkan lagi kita kepada neraka-Nya.
Kita sepatutnya menjadi ejen pengubah melalui artikel , buku-buku, komik, video , filem drama dan sebagainya, untuk membebaskan masyarakat kita daripada cinta yang merosakkan mereka , seterusnya menghalalkan mereka kepada cinta yang menghidupkan mereka .Cinta juga tidak menjadi Islamaik hanya dengan berpurdah dan serban ,watak perempuan cantik atau watak lelaki yang menghafal 30 juzuk Al-Quran. tetapi hanya akan menjadi Islamik apabila ia selari dengan sifatnya iaitu membawa ke syurga dan menjauhkan si dia daripada api neraka.
Kita sepatutnya melakukan anjakan paradigma ini dengan mengubah persepsi masyarakat terhadap cinta hari ini, saya akan bersama anda untuk melakukan perubahan ini dengan cara penulisan dan bakat-bakat yang kita ada untuk melihat cinta itu berada dijalan yang selari dengan syarak , InsyaAllah.
Ditulis sepenuhnya oleh : Hanafi Azman
~TANPA TARBIYYAH GERENTI REBAH~
Kita sepatutnya menjadi ejen pengubah melalui artikel , buku-buku, komik, video , filem drama dan sebagainya, untuk membebaskan masyarakat kita daripada cinta yang merosakkan mereka , seterusnya menghalalkan mereka kepada cinta yang menghidupkan mereka .Cinta juga tidak menjadi Islamaik hanya dengan berpurdah dan serban ,watak perempuan cantik atau watak lelaki yang menghafal 30 juzuk Al-Quran. tetapi hanya akan menjadi Islamik apabila ia selari dengan sifatnya iaitu membawa ke syurga dan menjauhkan si dia daripada api neraka.
Kita sepatutnya melakukan anjakan paradigma ini dengan mengubah persepsi masyarakat terhadap cinta hari ini, saya akan bersama anda untuk melakukan perubahan ini dengan cara penulisan dan bakat-bakat yang kita ada untuk melihat cinta itu berada dijalan yang selari dengan syarak , InsyaAllah.
Ditulis sepenuhnya oleh : Hanafi Azman
~TANPA TARBIYYAH GERENTI REBAH~
No comments:
Post a Comment